Tuesday, 6 November 2018

PROGRAM CUTI SEKOLAH DI SUBANG SURIA



PENGENALAN
===========

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting dalam menjalani kehidupan beribadah.

Banyak hadith Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam yang menceritakan tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah :

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Dalam hadits yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Demi untuk menyebarkan ilmu Al-Quran iaitu ilmu tajwid, Akademi Alif akan menganjurkan Program Tanda Tajwid untuk anak-anak kariah yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran

Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah daripada MAIS


KELEBIHAN PROGRAM TANDA TAJWID
===============================

1.     Yuran yang murah hanya RM 20
2.     Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3.     Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4.     Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
6.     Ustaz yang berpengalaman selama 7 tahun
7.     Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8.     Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9.     Belajar dan praktikal bersama-sama

OBJEKTIF PROGRAM TANDA TAJWID
============================

1.     Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2.     Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran dengan mudah
3.     Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4.     Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5.     Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6.     Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7.     Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran


TENTATIF PROGRAM TANDA TAJWID 
==========================
08.30 pagi        
Pendaftaran peserta

09.00 pagi               
Pengenalan Al-Quran | Keistimewaan | Bagaimana wahyu diturunkan | Sejarah penurunan Al-Quran | Penulisan Al-Quran | Kelebihan membaca AL-Quran | Adab-adab membaca |  Hukum membaca Al-Quran | Qiraat

10.00 pagi
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid | Definisi Tajwid | Kelebihan mempelajari ilmu tajwid | Hukum dan Dalil |  Makhraj dan Sifat Huruf | Sifat nipis dan tebal | Tanwin dan Sukun| Qolqolah | Hamas 

11.30 pagi
Rehat

11.45 pagi
Tasydid |  Wajibul Ghunnah |  Hukum Mad  |  Huruf Muqotto’ah 
01.00  petang              
Rehat | Makan tengah hari | Solat Zohor

02.00 petang 
Hukum Nun Mati dan Tanwin – Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’ | Hukum Mim Mati – Idgham, Ikhfa dan Izhar syafawi | Tafkhim dan Tarqiq  | Waqaf dan Ibtida’ | Tanda-tanda Waqaf  |  Hamzah Wasol  |  Nun Wiqoyah | Bacaan Istimewa dalam Al-Quran – Qiraat Hafs ‘an ‘Asim

04.30 petang               
Bersurai | Solat Asar berjemaah


MAKLUMAT PROGRAM TANDA TAJWID
===============================

1. Sasaran peserta : Pelajar Sekolah Rendah ( 7 - 12 tahun )

2. Cadangan Tarikh : 8 Disember 2018 hari Sabtu

3. Tempoh : 1 hari ( 8.30 pagi – 4.30 ptg )

4. Lokasi Program : Dewan solat Surau Nurul Iman, Pangsapuri Subang Suria

5. Yuran : RM 20 seorang

Yuran adalah meliputi : -

i. Nota Tanda Tajwid
ii. Makanan tengah hari
iii. Aktiviti dalaman dan luaran
iv. Kelengkapan dan peralatan aktiviti
v. Elaun jurulatih dan fasilitator 
vi. Sijil penyertaan bagi peserta dan urus setia

6. Pendaftaran atau pertanyaan

Pendaftaran dibuat melalui pesanan mesej atau WhatsApp ke https://wa.me/60133776608
 (klik sahaja pada link ini)


Thursday, 1 December 2016

PROGRAM KUASA 5 !!!!



PROGRAM CUTI SEKOLAH DIS 2016

RM 50 sahaja 
1. TARIKH            :    18 – 22 Disember 2016
2. HARI                :     Ahad - Khamis
3. TEMPOH         :     1 - 5 hari (boleh pilih)
4. MASA              :     8.30 pagi - 4.00 petang
5. TEMPAT          :     Akademi Alif, Petaling Jaya
6. PESERTA        :    7 tahun sehingga 12 tahun
7. BILANGAN      :    Terhad kepada 60 penyertaan sahaja
8. DISEDIAKAN   :    Sijil, buku nota dan makanan disediakan
9. YURAN            :    RM 50 (1 hari/seorang) sehinggan  RM RM 200 (5 hari/seorang) | RM 570 (3 orang) - jimat RM 30


PENDAHULUAN
###########

     Cuti sekolah kian menghampiri. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita akan menolong anak-anak kita dengan memanfaatkan masa mereka yang terluang. Kita tidak mahu mereka melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang mempunyai pelbagai cabaran dan ujian.

      Oleh itu, sempena cuti sekolah pada bulan Disember 2016 nanti, Akademi Alif dengan sukacitanya menawarkan program yang sangat bermanfaat iatu Program Kuasa 5. Kuasa 5 adalah himpunan 5 slot iaitu Iman, Solat, Akhlak, Al-Quran dan Rasulullah SAW. Terdapat 21 modul keseluruhannya disamping aktiviti-aktiviti yang menarik buat peserta.

      InsyaAllah, di akhir program nanti, diharap peserta akan dapat mengamalkan apa yang telah dipelajari. Mereka juga akan melaksanakannya dengan penuh kecintaan,kesungguhan, keikhlasan dan ketaqwaan. Sehingga akhirnya dibalas dengan Syurga yang kekal abadi.

OBJEKTIF PROGRAM KUASA 5
########################

a. Mengenali, memahami dan meyakini rukun Iman.
b. Memperbaiki dan mencantikkan ibadat solat yang dilaksanakan.
c. Mengetahui sehingga mengasihi kekasih kita, Rasulullah SAW.
d. Menanam dan mengamalkan sifat-sifat dan akhlak terpuji.
e. Menguasai dan mempraktikkan hukum-hukum bacaan Al-Quran.
f. Memupuk sifat kepimpinan dan bekerjasama dalam diri peserta.
g. Membentuk akhlak mulia bersama keluarga, sahabat dan masyarakat.


KELEBIHAN PROGRAM K5
#################

a. Konsultan yang berpengalaman
b. Modul yang sangat bermanfaat 
c. Aktiviti-aktiviti yang menarik
d. Yuran yang berpatutan


MODUL - MODUL K5
#############

Slot Iman
Modul 1 – Percaya kepada Allah 
Modul 2 – Percaya kepada Malaikat, Kitab dan Rasul
Modul 3 – Percaya kepada Kiamat dan Qada` Qadar
Modul 4 –  Perkara yang membatalkan Iman

Slot Solat
Modul 1 – Pengenalan solat, Wudhu dan Tayamum
Modul 2 – Praktikal wuduk dan tayamum
Modul 3 – Adab, Syarat, Rukun Solat, Sunat, Perkara membatalkan solat
Modul 4 –  Praktikal Solat
Slot Akhlak
Modul 1 – Adab belajar dan guru
Modul 2 – Adab dengan ibu bapa dan kawan
Modul 3 – Sifat mazmumah
Modul 4 –  Sifat mahmudah

Slot Al-Quran
Modul 1 -  Ajaibnya Al-Quran  - Pengenalan dan kelebihan Al-Quran
Modul 2 -  Tahu Tajwid            - Ilmu tajwid dan Makhraj
Modul 3 -  Mad Mudah             – Hukum-hukum Mad
Modul 4 -  Senangnya Sukun     - Hukum Nun dan Min Mati
Modul 5 -  Tanbihun                  - Perkara penting dalam bacaan Al-Quran

Slot Rasulullah SAW
Modul 1 – Rasulullah SAW Idolaku
Modul 2 – Personaliti Anggun
Modul 3 – Kembali kepada Sunnah
Modul 4 – Kenali Cintaku


PENGGERAK PROGRAM K5
#################

Pihak akademi akan menyediakan penggerak program seperti berikut :
a. Pengurus program yang cekap
b. Tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman
c. Fasilitator yang peramah

DI ANTARA TENAGA PENGAJAR 
########################

a. Ustaz Hilmi Haniz b Muhammad. 

Beliau berpengalaman selama 7 tahun dalam pendidikan dan latihan Islami dan Al-Quran, mempunyai sanad Al-Quran melalui Syeikh Said, Kaherah, Mesir, mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Latar belakang pendidikan ialah Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pengarang buku Fajar Faraidh. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School. Berpengalaman luas dalam bidang latihan islamik.

b. Ustaz Mohd Rahmat b Ahmad Bukhari 

Berkelulusan Diploma Pengajian Islam Syariah dan Perundangan (KUIS), dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah (UM, Malaysia). Sekarang berkhidmat sebagai guru Sekolah Rendah Agama Bukit Unggul, Selangor dari 2011 hingga kini. Di samping berkecimpung dalam dunia pendidikan, beliau juga aktif menyampaikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah, ceramah fardu 'ain di masjid di sekitar Sg. Buloh , Kota Damansara, Bukit Mutiara Damansara, Sg. Plong dan di sekitar Selangor serta mempunyai tauliah mengajar daripada JAIS. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kem. Beliau mempunyai konsultan sendiri yang bernama T3 Management.

c. Ustaz Mohamed Hafiz b Mohamed Yusof

Seorang yang ceria, aktif dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kem motivasi dan kem ibadah. Pernah mengendalikan beberapa kem ibadah bersama dengan syarikat Radiant Retreat di Janda Baik. Merupakan guru agama di sebuah sekolah swasta terkemuka, Beliau berkelulusan ijazah Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bahasa Arab dan kesusasteraan.

d. Ustaz Mohd Zakaria b Ahmad

Beliau bertugas sebagai seorang guru di sekolah Islam swasta di Melaka. Merupakan seorang yang positif dan sangat berpengalaman dalam mengendalikan program dan aktiviti. Pernah menjadi pengarah dan fasilitator bagi program motivasi, keagamaan dan kepimpinan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu.

e. Muhammad Sofwan Bin Harizan

Merupakan seorang guru di salah satu sekolah swasta di Kota Damansara. Seorang yang sentiasa ceria dan bersemangat dalam menyampaikan ilmu. Beliau berpendidikan dari Pondok Pesantren Darul Lughah Wad Da'wah, Indonesia. Beliau juga merupakan seorang penceramah yang memberikan kuliah di surau sekitar Kota Damansara. Beliau mempunayi tauliyah mengajar dan berceramah daripada MAIS

f. Ustaz Mohammad Abu Qatadah Bin Ismail

Beliau yang berumur 32 tahun, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Sastera dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau sangat minat dengan aktiviti rekreasi. Pengalaman beliau ialah menghadiri perkhemahan OBS Sabah, OBS Lumut, perkemahan gabungan badan beruniform APSS, di Lata Charok, Janda Baik.


TENTATIF PROGRAM K5
###############

HARI PERTAMA - AHAD 18/12/2016

SLOT IMAN

08.30 pg   Pendaftaran
09.00        Ice breaking dan sesi bergambar
09.45        Modul 1 – Percaya kepada Allah | Aktiviti
10.45        Minum pagi
11.00        Modul 2 – Percaya kepada Malaikat, Kitab dan Rasul | Aktiviti
12.30 tgh  Makan tengah hari | Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 3 – Percaya kepada Kiamat, Qada`Qadar | Aktiviti
03.00        Modul 4 –  Perkara yang membatalkan Iman | Aktiviti 
04.15        Minum petang
04.30        Bersurai

HARI KEDUA – ISNIN 19/12/2016

SLOT AKHLAK

08.30 pg   Modul 1 – Adab belajar dan guru | Aktiviti
10.45        Minum pagi
11.00        Modul 2 – Adab dengan ibu bapa dan kawan | Aktiviti
01.30 ptg  Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 3 – Sifat mazmumah | Aktiviti
03.00        Modul 4 –  Sifat mahmudah | Aktiviti
04.00  Minum petang
04.30        Bersurai

HARI KETIGA – SELASA 20/12/2016

SLOT SOLAT

08.30 pg    Modul 1 – Pengenalan solat, Wudhu dan Tayamum | Aktiviti
10.30   Minum pagi 
10.45  Modul 2 – Praktikal wuduk dan tayamum
12.30 tgh  Makan tengah hari | Solat Zohor 
01.45 ptg  Modul 3 - Adab, Syarat, Rukun Solat, Sunat, Perkara membatalkan solat | Aktiviti
03.00        Modul 4 –  Praktikal Solat
04.00        Minum petang
04.30  Bersurai
HARI KEEMPAT – RABU 21/12/2016

SLOT AL-QURAN

08.30 pg   Modul 1 – Ajaibnya Al-Quran | Aktiviti
10.00        Minum pagi
10.15        Modul 2 – Tahu Tajwid | Aktiviti
11.15  Modul 3 - Mad Mudah | Aktiviti
12.30 pm  Makan tengah hari | Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 4 – Senangnya Sukun| Aktiviti
03.00        Modul 5 – Tanbihun | Aktiviti
04.00  Minum petang
04.30        Bersurai

HARI KELIMA - KHAMIS 22/12/2016

SLOT RASULULLAH SAW

08.30 pg   Modul 1 – Rasulullah SAW Idolaku | Aktiviti
10.45        Minum pagi
11.00        Modul 2 – Personaliti Anggun | Aktiviti
12.30 tgh  Makan tengah hari | Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 3 – Kembali kepada Sunnah | Aktiviti
03.00        Modul 4 – Kenali Cintaku | Aktiviti
04.00        Penyampaian sijil | Minum petang 
04.30        Bersurai

YURAN PROGRAM 
#############
•   1 hari (RM50 seorang) 
•   2 hari (RM100 seorang)
•   3 hari (RM150 seorang)
•   4 hari (RM180 seorang) jimat RM30
•   5 hari (RM 200 seorang) jimat RM50 | RM 570 (3 orang) - jimat RM 80


Yuran adalah meliputi : 
i. Modul Program
ii. Buku Nota Program
iii. Sijil penyertaan 
iv. Makan dan minum 3 kali sehari


PENDAFTARAN PROGRAM K5
##########

Sila isikan borang di bawah

http://bit.do/pendaftarankuasa5


PEMBAYARAN YURAN
#################

Sila jelaskan yuran program ke akaun 

Maybank - 162759050244 - Hilmi Haniz Muhammad (Pengurus Besar Akademi Alif)

Hantarkan maklumat pembayaran melalui whatsapp - 013 315 7649

MAKLUMAT LANJUT
###############

Sila hubungi 

013 315 7649  (Ustazah Siti) atau

018 789 2252 (Ustaz Hilmi) atau

layari www.akademialif.com

Sila kongsikan info ini bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Terima kasih di atas perkongsian anda.

#program #cuti #sekolah #disember #selangor #menarik #murah #manfaat #kuasa #lima #pelajar #kanakkanak #sekolah #rendah


Monday, 31 October 2016

Tuisyen Fardhu 'Ain 2017


PERHATIAN KEPADA IBU BAPA 
************************.
<> Anak anda akan bersekolah di sekolah swasta atau antarabangsa pada tahun 2017?
.
<> Anda sedang mencari kelas fardhu 'ain yang sesuai untuk anak anda ?
.
<> Anak anda tidak boleh membaca tulisan jawi ?
.
Alhamdulillah, Akademi Alif kini menawarkan Kelas Fardhu 'Ain yang sangat sesuai buat anak-anak anda.
.
KEISTIMEWAAN KELAS FARDHU 'AIN DI AKADEMI ALIF
*************************************
<> Fokus kepada silibus fardhu 'ain sahaja.
.
<> Silibus mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
.
<> Pembelajaran berinteraktif seperti slide, video dan lagu.
.
<> Buku nota dalam Bahasa Melayu sahaja.
.
<> Penerapan amalan Islamik dalam seharian.
.
<> Maksimum pelajar hanya 20 orang sahaja bagi satu kelas.
.
<> Makanan dan minuman disediakan.
.
<> Aktiviti sukan memanah.
.
<> Mengadakan sambutan hari kebesaran Islam, dan lain-lain.
.
<> Guru berpendidikan ijazah dan berpengalaman.
.
<> Terdapat kamera CCTV bertujuan keselamatan
.
KENAPA SESUAI DENGAN PELAJAR SWASTA DAN ANTARABANGA ?
******************************************
<> Tidak mengganggu sesi persekolahan kerana Kelas dijalankan pada waktu petang (5.00 petang) atau malam (8.00 malam)sahaja
.
<> Kelas cuma dua kali seminggu dan fleksibel. Ada 8 sesi kelas yang anda boleh pilih.
.
<> Suasana kelas yang selesa, berkarpet dan berhawa dingin.
.
<> Sesi kelas hanya 1 jam 30 minit sahaja.
.
<> Sesi persekolahan daripada tahun satu sehingga tahun lima sahaja kerana anak anda boleh fokus untuk peperiksaan UPSR pada tahun 6 nanti.
.
<> Pakaian bebas. Hanya cukup dengan pakaian sopan dan menutup aurat.
.
<> Tiada kerja rumah. Tidak membebankan anak anda dan anda
.
YURAN KELAS FARDHU ‘AIN
*********************
<> Pendaftaran = PERCUMA !!
<> Buku Teks = PERCUMA !!
<> Bulanan = RM 250
.
SILIBUS TUISYEN 
***********
1. Tauhid
2. Feqah
3. Akhlak
4. Sirah
5. Al-Quran
6. Hafazan

BAGAIMANA CARA MENDAFTAR ANAK SAYA ?
************************************
Sila klik pada link di bawah

http://bit.do/pendaftaranTFA2017
http://bit.do/pendaftaranTFA2017
http://bit.do/pendaftaranTFA2017
.
Jika anda berminat berminat, kami sangat berharap agar anda mendaftarkan anak anda lebih awal. Ini adalah kerana tempat kelas adalah terhad. 
.
Pendaftaran akan ditutup setelah kuota pelajar (20 orang) setiap kelas telah penuh.
.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, KAMI SEDIA UNTUK DIHUBUNGI
*************************************
.
Sila bubungi pejabat kami di talian 018-789 2252
.
Atau layari laman web kami di www.akademialif.com
.
LOKASI KELAS FARDHU AIN
*********************
.
Akademi Alif
30-2 Jalan Teknologi 3/6c,
Taman Sains Selangor,
KOTA DAMANSARA
47810 Petaling Jaya
.
Sama-sama kita berdoa semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.
.
‘ BERSAMA KITA KE SYURGA’

#kelas #tuisyen #fardu #fardhu #ain #pelajar #swasta #antarabangsa #private #internasional #school #fleksibel #selesa

Saturday, 20 February 2016

I Love Quran

Pengenalan
^^^^^^^^^
Mari kita lihat kepada tangan anak-anak kita. Pada zaman ini apakah benda yang sentiasa dipegang mereka? Ya betul, gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Bilakah masa kita melihat memegang Al-Quran dan membacanya. Jika mereka baca, adakah bacaan mereka itu betul mengikut hukum tajwid seperti panjang dan pendek. Mengikut kajian yang dijalankan, masih ramai kanak-kanak dan remaja  yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran.

Dalam program I Love Quran, para peserta akan didedahkan tentang ilmu berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan.

Pada akhir program ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, menyintai Al-Quran, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai Al-Quran, lebih berdisiplin dan boleh berdikari.

Maklumat Program
^^^^^^^^^^^^^^^
Ø Nama program        : I Love Quran
Ø Tarikh                         : 13 Mac 2016 (kanak-kanak)
                                           20 Mac 2016 (Remaja)
Ø Hari                            : Ahad
Ø Masa                          : 8.00 pagi – 5.30 petang
Ø Tempat                      : Akademi Alif, Kota Damansara
Ø Peta                            : https://goo.gl/maps/kLjYjo2fZ1k
Ø Yuran                         : RM 50 - seorang  |   RM 130 – 3 orang

Objektif Program
^^^^^^^^^^^^^^
a.   Mengenali dan memahami kepentingan dan kelebihan membaca Al-Quran
b.   Mengasihi Al-Quran dan bertambah minta untuk membacanya
c.   Membaca dengan tajwid yang betul dan sempurna makhrajnya.
d.   Mengetahui kesilapan dalam bacaan Al-Quran
e.   Menjadi seorang muslim yang berakhlak mulia dan berdisiplin
f.   Memupuk semangat setia kawan sesama peserta
g.    Menanam sifat-sifat kepimpinan dalam diri peserta

Modul I Love Quran
^^^^^^^^^^^^^^^^
a.   Ajaibnya Al-Quran  - Pengenalan dan kelebihan Al-Quran
b.   Tahu Tajwid            - Ilmu tajwid dan Makhraj
c.   Mad Mudah             – Hukum-hukum Mad
d.   Senangnya Sukun     - Hukum Nun dan Min Mati
e.   Tanbihun                  - Perkara penting dalam bacaan Al-Quran
f.    Motivasi Minat Membaca
h.   Aktiviti dan permainan Al-Furqan


Tentatif Program ILQ
^^^^^^^^^^^^^^^^^
08.00 am Pendaftaran peserta
08.30       Ice breaker – Kenali Kawanku
09.00       Modul 1 – Ajaibnya Al-Quran
10.00       Minum pagi
10.15       Modul 2 – Tahu Tajwid
11.15       Modul 3 - Mad Mudah
12.30 pm Makan tengah hari
01.30       Solat Zohor berjemaah
02.00       Modul 4 – Senangnya Sukun
03.00       Modul 5 - Tanbihun

03.30  Modul 6 – Motivasi Baca Quran
04.00       Permainan Al-Furqan
04.30       Minum petang | Solat Asar berjemaah | Penyampaian Sijil
05.30       Bersurai


Yuran Program  ILQ
^^^^^^^^^^^^
RM 50 seorang
RM 130 (3 orang)

Yuran adalah meliputi :
i.    Buku Nota ILQ
ii.   Sijil penyertaan
iii.  Makan 3 kali
iv.  Modul dan trainer program
v.   Pengurusan program

Pendaftaran
^^^^^^^^^^
Sila isikan borang di bawah

Peserta kanak-kanak (7 – 12 tahun) > http://goo.gl/forms/c7rl7iiFQq

Peserta remaja (13 – 19 tahun) > http://goo.gl/forms/lkkNzebmpp

Pembayaran Yuran
^^^^^^^^^^^^^^^
Maybank - 162759050244 - Hilmi Haniz Muhammad
*   Sila jelaskan yuran program ke akaun Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email - 0187892252 / akademialif@gmail.com

Maklumat Lanjut
^^^^^^^^^^^^^
Sila hubungi 018 – 789 2252 atau

Sila kongsikan info ini bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Terima kasih di atas perkongsian anda.

#program #cuti #sekolah #mac #selangor #menarik #murah #manfaat #tajwid #alquran #quran #kanakkanak #remaja #sekolah #rendah #menengah