Tuesday, 6 November 2018

PROGRAM CUTI SEKOLAH DI SUBANG SURIA



PENGENALAN
===========

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting dalam menjalani kehidupan beribadah.

Banyak hadith Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam yang menceritakan tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah :

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Dalam hadits yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Demi untuk menyebarkan ilmu Al-Quran iaitu ilmu tajwid, Akademi Alif akan menganjurkan Program Tanda Tajwid untuk anak-anak kariah yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran

Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah daripada MAIS


KELEBIHAN PROGRAM TANDA TAJWID
===============================

1.     Yuran yang murah hanya RM 20
2.     Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3.     Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4.     Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
6.     Ustaz yang berpengalaman selama 7 tahun
7.     Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8.     Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9.     Belajar dan praktikal bersama-sama

OBJEKTIF PROGRAM TANDA TAJWID
============================

1.     Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2.     Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran dengan mudah
3.     Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4.     Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5.     Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6.     Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7.     Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran


TENTATIF PROGRAM TANDA TAJWID 
==========================
08.30 pagi        
Pendaftaran peserta

09.00 pagi               
Pengenalan Al-Quran | Keistimewaan | Bagaimana wahyu diturunkan | Sejarah penurunan Al-Quran | Penulisan Al-Quran | Kelebihan membaca AL-Quran | Adab-adab membaca |  Hukum membaca Al-Quran | Qiraat

10.00 pagi
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid | Definisi Tajwid | Kelebihan mempelajari ilmu tajwid | Hukum dan Dalil |  Makhraj dan Sifat Huruf | Sifat nipis dan tebal | Tanwin dan Sukun| Qolqolah | Hamas 

11.30 pagi
Rehat

11.45 pagi
Tasydid |  Wajibul Ghunnah |  Hukum Mad  |  Huruf Muqotto’ah 
01.00  petang              
Rehat | Makan tengah hari | Solat Zohor

02.00 petang 
Hukum Nun Mati dan Tanwin – Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’ | Hukum Mim Mati – Idgham, Ikhfa dan Izhar syafawi | Tafkhim dan Tarqiq  | Waqaf dan Ibtida’ | Tanda-tanda Waqaf  |  Hamzah Wasol  |  Nun Wiqoyah | Bacaan Istimewa dalam Al-Quran – Qiraat Hafs ‘an ‘Asim

04.30 petang               
Bersurai | Solat Asar berjemaah


MAKLUMAT PROGRAM TANDA TAJWID
===============================

1. Sasaran peserta : Pelajar Sekolah Rendah ( 7 - 12 tahun )

2. Cadangan Tarikh : 8 Disember 2018 hari Sabtu

3. Tempoh : 1 hari ( 8.30 pagi – 4.30 ptg )

4. Lokasi Program : Dewan solat Surau Nurul Iman, Pangsapuri Subang Suria

5. Yuran : RM 20 seorang

Yuran adalah meliputi : -

i. Nota Tanda Tajwid
ii. Makanan tengah hari
iii. Aktiviti dalaman dan luaran
iv. Kelengkapan dan peralatan aktiviti
v. Elaun jurulatih dan fasilitator 
vi. Sijil penyertaan bagi peserta dan urus setia

6. Pendaftaran atau pertanyaan

Pendaftaran dibuat melalui pesanan mesej atau WhatsApp ke https://wa.me/60133776608
 (klik sahaja pada link ini)


1 comment:

  1. The best slots machines and casinos - Dr.MCD
    Best Slot Machines and Casinos · 인천광역 출장마사지 Las Atlantis · Ignition · Mardi Gras 광주광역 출장마사지 · Treasure Island · 포항 출장안마 Super Slots 울산광역 출장마사지 · PlayAmo · Casino Planet · Red Dog Casino 안양 출장샵

    ReplyDelete